Tuesday, 20 January 2015

Preparation Party Birthday Adrieena


 Tarikh Lahir 02.01.2013
 Masa Lahir : 12.08 tgh hari
 Tempat lahir : Hospital Penawar, Pasir Gudang Johor

Alhamdulilah...itulah tanda kelahiran anak kedua mama...Now dah umur 2 tahun..rasanya baru je lahirkan adik dengan penuh kegembiraan keluarga kita...Terima kasih Allah dengan amanah yg diberikan ini, mama berjanji akan memesarkan adik dengan sempurna dan berjaya.....

240Jan 2015 mama akan buat birthday adik di rumah kita so tema adalah Pink putih..baju kata tas mama belikan utk majlis tersebut..semua persiapan telah mama aturkan semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna...mama sangat menghargai tarikh kelahiran anak2 mama...bermula dari kelahiran kakak areesha sehingga sekarang, mama anak buat party birthday atau majlis doa selamat..tanda mama bsyukur dgn Rezeki yg Allah berikan pd mama.............



 Mama yang begitu over bila nk buat birthday nie hihi...so dalam nak pilih dress pink atau putih so mama pilih pink sbb kedua2 anak mama memang suka colour pink....so untuk birthday kakak bln Mei nti mama dah ada tema Frozen..sebab kakak memang sukakan prozen...

 
So ini contoh kek yang mama tempah utk birthday adik nanti hihi..
kakak sgt jelous bila tahu kek ini utk adik sebab siap ckp kat mama yg adik suka upin ipin lah mama bukan frozen..ermmm kakak ni...



Alhamdulilah..semalam mama dapat hadiah dr aunty Raja Azlita present utk birthday adik tapi kakak pun dapat jugak dress mikey mouse merah ini...tq aunty...tiap tahun aunty kasi adik kakak dress...Semoga aunty dimurahkan rezeki selalu....


Banner dah siap dipasang...mcm biasalah mama yg terlebih overkan hihi...





Goodies utk tetamu kanak2 kawan kakak dan adik...
Terima kasih semua kerana membahagiakan kami...
Mama akan buat yg terbaik untuk anak2 mama dan buat yang boleh membahagiakan kte semua...
Terima kasih Allah....

Monday, 5 January 2015

Banjir di Kampung Bintang< Temerloh Pahang


25.12.2014
26.12.2014
27.12.2014
28.12.2014
29.12.2014
30.12.2014
31.12.2014
01.01.2015
02.01.2015
(Jika bumbung rumah boleh berkata-kata" selamat aku xkena banjir" huhu)
banjir 2014 di Kampung Bintang dalam kenangan 2014
.................................
Inilah tarikh yang tidak akan kami sebagai penduduk kampung Bintang tidak akan lupakan sampai bila-bila...tarikh keramat dalam sejarah Banjir 2014 di kampung Bintang...Satu banjir yang tidak disangka oleh semua penduduk kampung... selama ini juga penduduk Kampung Bintang Bergelapan tiada bekalan elektrik dan penematan mangsa banjir di Masjid baru dan masjid lama, Sekolah Rendah Keb Bintang, Bukit Ayah Andak kampung Bintang, Walaupun dalam keadaan darurat terdapat juga pelbagai krisis atau pun salah pendapat dan pemahaman antara penduduk setempat...tapi kami tetap penduduk kampung yang bersatu padu...huhuu...

Ini rumah En Rasam dan keadaan rumah beliau selepas banjir Hanya Allah saja yg tahu perasaan sedih mereka...


 This is Herro kami abg2 dan anak saudara saya yang bertungkus lumus siapka rakit gergasi utk keluarga kami...kami yang kerja di Kuantan sanggup balik ke kampung demi menyelamatkan mak dan brg2 dirumah mak...Nasib ada taukel welding abg Jimey..a.k.a abg me yg hebat dlm bidang Welding dan juga merupakan Bomba di Temerloh...Anda semua hebat...


Air paya dibekalang rumah Abah..paya dah tukar menjadi laut yang luas dan indah huhuhu...


Pada kebiasannya apabila banjir berlaku kami sangat seronok bermain air banjir sebab biasa banjir xlah besar macam tahun 2014 baru ini, setakat banjir di jalan utama menghala ke kg Bintang tetapi kali ini banjir yg dilua jangkaan semua...Gambar mak, teh dan ajak di depan kedai abang Tan, kedai yang menjadi pujaan anak2 ku dan anak2 saudara ku apabila  dan wajib ke kedai abg tan bila balik kampung rumah wan aki.....air pada masa ni hanya di lutut tetapi banjir besar sehingga paras dada...abis kedai abg tan...huhu


Depan rumah Cikgu Nasir....Kampung Bintang............(boy dalam air banjir)


 Air yang dalam jalan  menghala ke Penempatan mangsa banjir di atas Bukit Ayah Andak...pelbagai dugaan dan rintangan mak dan kakak utk sampai ke rumah tersebut..huhu...sedih dgr mak n Teh cerita kisah dorg...


Jijoy bersama perahunya memantau paras air di Kampung Baru Bintang...


Dewan Serbaguna Kampung Baru Bintang....


Sekolah Rendah Keb. Bintang...


Amin...semoga apa yang berlaku menjadikan kita lebih dekat dgn Allah SWT...


Terima kasih kepada yang menyumbang foto-foto semasa banjir..semoga Ukwah persaudaraan kte sekampung akan merapatkan hubungan sesama kita ...amin..

mama Areesha n Adrieena

Banjir Rumah Mak Ayah di Kampung Bintang Temerloh, Pahang


 Banjir....Kisah bermula apabila hujan di Negeri Kelantan yang mencurah-curah tanpa henti...25 Disember 2014 kampung Bintang turut mengalami banjir dan pada mulanya air hanya di tempat yg biasa banjir tapi banjir kali ini berbeza dari tahun2 sebelum ini dan ia dikatakan lebih teruk dari banjir pada tahun 1971..dan pada ketika itu saya belum dilahirkan lagi..dan inilah kali pertama dalam hiduo saya air banjir masuk dalam rumah mak..gambar diatas rumah mak ari ke 3 kalau xsalah saya, masa tu saya dan anak2 di rumah sendiri di Karak Town...


Rumah Kakak juga dinaiki air banjir..

 
Beng, Mentek dan kawan2nya kesian bintang pun nak selamatkan diri..


Air banjir naik sedikit demi sedikit dan air naik sangat cepat...Mak dan kakak teh telah berpindah ke rumah mak saudara di atas bukit...Penduduk Kampung Bintang berpindah ke Masjid dan Sekolah Kampung Bintang.



Suasana Sedih apabila adik dalam pantang terperangkap dalam rumah mak yan banjir terpaksa dipindahkan bersama baby Damia dengan menaiki Bot tanpa enjin, hanya berdayung untuk sampai ke RnR Temerloh...


Alhamdulilah..adik dan bby nya selamat dikeluarkan dari kawasan bannjir dan ke rumah abg kami di kuantan dan seterusnya balik ke KL melalui jalan bahau segamat dengan perjalanan yang berbelas jam...Allah....


Sedihnya mak kakak dan anak saudara yang menaiki boat tanpa enjin berpindah ke rumah mak saudara ..huhu..nk ambik mak bawak balik karak tapi misi tak berjaya huhu...


This is HEro keluarga kami, abang Kamal, abang Kahirul, Ummar,Abg Mie, Hanafi Pobil (tiada dlm gambar)
Merekalah yang memunggah barang menyelamatkan barang2 ke rumah tingkat atas, menghantar mak ke rumah mak saudara..mendayung sampan, membuat rakit,meredah hujan dan banjir,hilang waktu maghrib kena sorok dihantu huhu..mcm2 pengorbanan anda..semoga Allah je yang dapat membalas jasa baik kalian...Alhamdulilah sangat bsyukur mempunyai keluarga yang baik dan bertanggungjawab huhu..terima kasih mak kerana melahirkan kami dan terima kasih ayah mendidik kami semua....



Abang amin atau abang kecik..u are herro kampung bintang


Pobil Syazwan...anak saudara yang banyak membantu dalam misi banjir di Kampung Bintang...