Monday, 25 May 2015

Birthday kakak Areesha 5 Years old


040515 alhamdulilah genap anak sulong mama yang ke 5tahun...Happy birthday kakak.."semoga kakak menjadi anak yg solehah anak yang berjaya didunia & akhirat, semoga kakak membesar dengan penuh kasih sayang yang sangat sempurna, semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik utk kakak...mama dan adaik sayang kakak hingga syurga Allah.." walaupun mas birthday kakak ni wan mak kpd mama bru 2 hari meninggal dunia, dunia kesedihan mama masih terasa kehilangan mak yang tersayang tapi mama buat doa selamat juga utk birthday kakak...yg pergi tetap pergi kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan kita semua..Al-fatihah utk arwan wan....



kek bidan terjun yang mama beli kat kedai kek nasib baik ada kek Frozen yang cantik ni utk birthday kakak...


Si keriting adik tu xnak langsung ikat rambut masa birthday kakak..ermm sabar je mama tgok ...


Anak-anak pelengkap kasih sayang mama..terima kasih Allah bagiku peluang utk memiliki anak dan membesarkan mereka....Alhamdulilah..sesungguhnya mama adalah ibu yang sangat bertuah....


 Bersama dengan aki yang masih dlm kesedihan kematian org yang disayangan nya...wan..


  masa ni juga sambut birthday abg luqman 040515 dan miktam 0105015..happy birthday mik tam n abg luqman..


Hadiah dari mama untuk kakak...mesti kakak suka kan...

  happy birthday mik tam...sedap kek mik tam sebab kek mik tam abis dulu hihihi


Bacaan doa selamat oleh aki dan sedekahkan utk arwan wan..wan xsempat kakak nk belah kek dgn wan...Allah lebih menyayanyi wan...tenanglah wan disana...semoga wan ditempatkan dikalangan org-org yang beriman....amin,

Al-fatihah..

Tuesday, 3 February 2015

Party Birthday Sharifah Nuwairah Adrieena 1 Years Old..Happy Birthday sayang mama........


 Inilah anak dara mama adik dengan kakak sama je, klu ada majlis je mesti nak make up
make up by_ anyoh from kl


 Tengoklah gaya nya bukan main lagi hih..so cute... 

 Alhamdulilah majlis sambutan birthday adik sangat sempurna...mama happy sangat kerana hajat mama buat birthday adik berjaya dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan tetamu yang hadir...terima kasih semua...kerana membahagiakan anak2 mama ini....

 Adik yang sentiasa masam je hihi...tkejut sebab dapat kek Frozen..bila orang nak kek ni mmg xksai sebab dia ckp kek adik..kek adik..hahah dah pandai ckp kan...sangat bijak anak mama ni...

  kakak areesha masa ni bad mood sesab dah penat mengantok dan lapar hahah...bila ramai kwn dtg suka sgt sampai xingat nak makan nk susu...


Terima kasih Allah kerana kurniakan kebahagian utk kami tiga beranak ...kami akan teruskan kehidupan kami dengan lebih baik dan sempurna dan lebih kebahgaian bersama orang disekeliling kami...Syukur kerana Allah sentiasa permudahkan urusankami tiga beranak, Allah luaskan murahkan rezeki kami..Allah kurniakan kesihatan yang baik utk kami...Terima Kasih Allah dengan semua nikmat yang Dikurniakan oleh Allah....kami sangat gembira dan sesungguhnya kami sangat bsyukur dgn aturan Allah ini....


  Budak comel mama dgn dress pink yang cantik sangat...


menu party birthday adik :
Me Curry
Mehun Goreng
Macaroni Goreng
Nuget
Cendol
Pizza
Air Mangga
Alhamdulilah tetamu yang hadir sampai ke malam mengalahkan open house raya...makanan pun sangat cukup...alhamdulilah...terima kasih kpd yang menyumbang dan yang tlg masak hihi...next time boleh buat lagi 

Sebahagian keluarga  kami yang hadir ...terima kasih kerana memberi sinar kebahagian utk kami anak beranak..........



Kek birthday adik yang comel


  Antara kwn opis mama yang hadir...
 Cik ika dan Cik am kawan baik mama...terima Kasih kerana berkawan dgn mama....







Time bukak hadiah kakak yg paling suka sebab banyak sgt dapat hadiah sebab kwn2 mama yang datang semua bwk dua hadiah utk adik dan kakak sekali..bab kata antoh, dapat hadiah mengalahkan kenduri kawin hihi....adik jdi rambang mata nk main, mainan mana satu sebab byk dapat hadiah mainan...terima kasih kerana membahagiakan anak mama....


Alhamdulilah....Terima kasih semua yg sudo hadir ke majlis ini,,insya Allah tahun depan ada rezeki mama buat lagi sebab mama memang suka bab buat birthday anak ni hih..
My Love :
Areesah Adrieena 
mama hanya untuk kamu sayang....

Tuesday, 20 January 2015

Preparation Party Birthday Adrieena


 Tarikh Lahir 02.01.2013
 Masa Lahir : 12.08 tgh hari
 Tempat lahir : Hospital Penawar, Pasir Gudang Johor

Alhamdulilah...itulah tanda kelahiran anak kedua mama...Now dah umur 2 tahun..rasanya baru je lahirkan adik dengan penuh kegembiraan keluarga kita...Terima kasih Allah dengan amanah yg diberikan ini, mama berjanji akan memesarkan adik dengan sempurna dan berjaya.....

240Jan 2015 mama akan buat birthday adik di rumah kita so tema adalah Pink putih..baju kata tas mama belikan utk majlis tersebut..semua persiapan telah mama aturkan semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna...mama sangat menghargai tarikh kelahiran anak2 mama...bermula dari kelahiran kakak areesha sehingga sekarang, mama anak buat party birthday atau majlis doa selamat..tanda mama bsyukur dgn Rezeki yg Allah berikan pd mama.............



 Mama yang begitu over bila nk buat birthday nie hihi...so dalam nak pilih dress pink atau putih so mama pilih pink sbb kedua2 anak mama memang suka colour pink....so untuk birthday kakak bln Mei nti mama dah ada tema Frozen..sebab kakak memang sukakan prozen...

 
So ini contoh kek yang mama tempah utk birthday adik nanti hihi..
kakak sgt jelous bila tahu kek ini utk adik sebab siap ckp kat mama yg adik suka upin ipin lah mama bukan frozen..ermmm kakak ni...



Alhamdulilah..semalam mama dapat hadiah dr aunty Raja Azlita present utk birthday adik tapi kakak pun dapat jugak dress mikey mouse merah ini...tq aunty...tiap tahun aunty kasi adik kakak dress...Semoga aunty dimurahkan rezeki selalu....


Banner dah siap dipasang...mcm biasalah mama yg terlebih overkan hihi...





Goodies utk tetamu kanak2 kawan kakak dan adik...
Terima kasih semua kerana membahagiakan kami...
Mama akan buat yg terbaik untuk anak2 mama dan buat yang boleh membahagiakan kte semua...
Terima kasih Allah....

Monday, 5 January 2015

Banjir di Kampung Bintang< Temerloh Pahang


25.12.2014
26.12.2014
27.12.2014
28.12.2014
29.12.2014
30.12.2014
31.12.2014
01.01.2015
02.01.2015
(Jika bumbung rumah boleh berkata-kata" selamat aku xkena banjir" huhu)
banjir 2014 di Kampung Bintang dalam kenangan 2014
.................................
Inilah tarikh yang tidak akan kami sebagai penduduk kampung Bintang tidak akan lupakan sampai bila-bila...tarikh keramat dalam sejarah Banjir 2014 di kampung Bintang...Satu banjir yang tidak disangka oleh semua penduduk kampung... selama ini juga penduduk Kampung Bintang Bergelapan tiada bekalan elektrik dan penematan mangsa banjir di Masjid baru dan masjid lama, Sekolah Rendah Keb Bintang, Bukit Ayah Andak kampung Bintang, Walaupun dalam keadaan darurat terdapat juga pelbagai krisis atau pun salah pendapat dan pemahaman antara penduduk setempat...tapi kami tetap penduduk kampung yang bersatu padu...huhuu...

Ini rumah En Rasam dan keadaan rumah beliau selepas banjir Hanya Allah saja yg tahu perasaan sedih mereka...


 This is Herro kami abg2 dan anak saudara saya yang bertungkus lumus siapka rakit gergasi utk keluarga kami...kami yang kerja di Kuantan sanggup balik ke kampung demi menyelamatkan mak dan brg2 dirumah mak...Nasib ada taukel welding abg Jimey..a.k.a abg me yg hebat dlm bidang Welding dan juga merupakan Bomba di Temerloh...Anda semua hebat...


Air paya dibekalang rumah Abah..paya dah tukar menjadi laut yang luas dan indah huhuhu...


Pada kebiasannya apabila banjir berlaku kami sangat seronok bermain air banjir sebab biasa banjir xlah besar macam tahun 2014 baru ini, setakat banjir di jalan utama menghala ke kg Bintang tetapi kali ini banjir yg dilua jangkaan semua...Gambar mak, teh dan ajak di depan kedai abang Tan, kedai yang menjadi pujaan anak2 ku dan anak2 saudara ku apabila  dan wajib ke kedai abg tan bila balik kampung rumah wan aki.....air pada masa ni hanya di lutut tetapi banjir besar sehingga paras dada...abis kedai abg tan...huhu


Depan rumah Cikgu Nasir....Kampung Bintang............(boy dalam air banjir)


 Air yang dalam jalan  menghala ke Penempatan mangsa banjir di atas Bukit Ayah Andak...pelbagai dugaan dan rintangan mak dan kakak utk sampai ke rumah tersebut..huhu...sedih dgr mak n Teh cerita kisah dorg...


Jijoy bersama perahunya memantau paras air di Kampung Baru Bintang...


Dewan Serbaguna Kampung Baru Bintang....


Sekolah Rendah Keb. Bintang...


Amin...semoga apa yang berlaku menjadikan kita lebih dekat dgn Allah SWT...


Terima kasih kepada yang menyumbang foto-foto semasa banjir..semoga Ukwah persaudaraan kte sekampung akan merapatkan hubungan sesama kita ...amin..

mama Areesha n Adrieena